Online Recipe Database Direct Access

Tools
Recipes
RSS Feeds
Information
Links
This recipe is liked by 0 person(s).

Talam tepung

Talam tepung Categories:
Nb persons: 0
Yield:
Preparation time:
Total time:
Source:

Beberapa bulan yang lepas surau di taman Maisya tinggal ni ada anjurkan program untuk muslimat...kami belajar buat kuih tepung talam. Memang puas hati dengan resepi ni, pertama kali cuba dah jadi elok je. Kemanisannya pun ok tak terlalu manis.

KUIH TEPUNG TALAM
resepi oleh Pn. Suzita

Lapisan Bawah:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.

* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.

Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam

1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

Recipe uploaded with Shop'NCook for iPhone.

Display the recipe for printing

View the .scx source of the recipe

Download the .scx source of the recipe

Note: to save the .scx file to your disk, you may have to right-click (control-click on Macintosh) the link above.

Home  |   Shop'NCook main  |   PRIVACY  |   Copyright  |   Contact